...JUS PUTERI SIREH...

Thursday 11 September 2014

Daun Ajaib Stevia

Apa itu Stevia?

Stevia adalah sejenis tumbuhan liar di Paraguay dan Brazil dari famili Chrysanthemum. Kandungan Glycosides di dalam daunnya dan termasuk sehingga 10% Stevioside menjadikan ianya sangat manis.

Adakah Stevia selamat digunakan?
Keseluruhannya Stevia adalah herba asli dan telah digunakan oleh kaum Gurani di Paraguay lebih dari 1500 tahun dahulu. Kajian saintifik mendapati Stevia adalah non-toksid. Dengan tidak mempunyai kalori dan karbohidrat ianya sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah.

Bolehkah Stevia menggantikan pemanis tiruan?
Tentu sekali. Dijangkakan dalam masa yang singkat ini Stevia akan diguna melebihi 20% penggunaan pemanis untuk pembuat makanan dan minuman.

Berapakah kandungan kalori dalam Stevia?
Tiada langsung. Ekstrak Stevia adalah bebas kalori.

Adakah Stevia menambah kandungan gula dalam darah?
Oleh sebab ianya tanpa kalori, ia tidak akan menambah kandungan gula dalam darah.

Bolehkah pesakit Diabetes mengguna Stevia?
Tentu sekali. Pesakit darah tinggi juga disarankan menggunakannya.

Adakah Stevia merosakkan gigi?
Tidak sama sekali. Bahkan Stevia menghalang pertumbuhan plaque dan menghalang kerosakan gigi.

Adakah Stevia mengandungi vitamins dan minerals?
Stevia didapati mengandungi hampir 100% phytonutriens dan minyak mudah meruap (volatile oil) termasuk Rutin dan B-Sitosterol.

Bagaimana ekstrak dihasilkan?
Ekstrak dihasilkan dengan beberapa cara yang kesemuanya di paten. Kebanyakkan penghasilan ekstrak secara komersial menggunakan kaedah water extraction,decoloration, purification dan kaedah electrolytic. Syarikat gergasi Stevico di Jepun menggunakan teknologi terkini iaitu Nano Steam.

Kelulusan FDA
FDA telah mengiktiraf Stevia sebagai ''Generally Regarded As Safe'' dan telah memberi kelulusan Stevia sebagai makanan tambahan pada 17/12/2008.

Hanya Tukarkan Gula kepada Stevia, Sihat Seisi Keluarga
Ejen Zabidi 0194621588 (whatsapps/telegram)

No comments:

Post a Comment