...JUS PUTERI SIREH...

Thursday 11 September 2014

Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?

Gula putih menyekat sistem imun. Didapati gula putih boleh mengurangkan hayat dan jumlah sel darah putih yang menjadi ejen utama kepada sistem imun kita untuk menghalang jangkitan atau kemasukan benda asing ke dalam badan. Gula juga menyebabkan badan kita bersifat asidik yang menyebabkan kita lebih mudah diserang bakteria dan virus. Ia juga menjadi makanan utama kepada bakteria dan fungus jika berlaku jangkitan.

Gula putih dikategorikan sebagai makanan tinggi glisemik. Maknanya ia menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat dan menjejaskan paras insulin. Maka ia dianggap makanan terlarang terutama bagi pesakit kencing manis kerana ia menyukarkan kawalan paras gula dalam darah.

Gula juga ada kaitan rapat dengan kanser. Walaupun kebanyakkan doktor tidak mengenakan pantang larang makanan kepada pesakit kanser yang menerima rawatan, mengawal kandungan gula dalam darah membantu meningkatkan tahap kesihatan pesakit. Kawalan paras gula dalam darah melalui penjagaan makanan, senaman, makanan tambahan dan ubat antara komponen penting dalam rawatan kanser.

Mengurangkan pengambilan gula dianggap sebagai langkah penting untuk membantu menurunkan berat badan. Masalah dihadapi kebanyakkan orang ialah mempunyai bekalan tenaga harian berlebihan daripada makanan dan minuman. Walaupun semua orang tahu bersenam itu penting bagi membakar kalori, masih ramai yang liat mengamalkannya. Tenaga yang berlebihan ditambah pula tenaga daripada gula dalam minuman, turut menyumbang Justify Fully kepada pertambahan berat badan.

Gula dan makanan manis adalah penyebab utama kepada kerosakan gigi seperti dialami oleh kanak-kanak. Bakteria dalam mulut menjadikan mulut lebih berasid bagi memecahkan lapisan enamel. Lama-kelamaan gigi akan berlubang. Apabila ini terjadi banyak masalah lain akan menyusul seperti sakit gigi,jangkitan dan kehilangan gigi. Tabiat makan yang terlalu kerap juga perlu dihentikan. Ini kerana apabila kita makan, ia meningkatkan kemungkinan pereputan gigi kerana air liur lebih banyak digunakan untuk menghancurkan makanan, sedangkan air liur penting bagi meneutralkan tahap keasidan mulut.

Kajian mendapati, masalah kesihatan gigi boleh menjadi penyumbang langsung kepada masalah jantung. Untuk mengelak kesihatan yang lebih serius,kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian. Atau cari alternatif dengan gantikan gula kepada Stevia sejenis pemanis semulajadi yang lebih menyihatkan.
Ingat! Terlebih Gula menjadi racun..

Tukar Gula kepada Stevia
whatsapps Zabidi 0194621588
Daftar di sini

No comments:

Post a Comment